Sunday, December 19, 2010

Cute-cute-cute!



Cutecupcakes on a banner!!


Tadddaaa....fancy kan?

Antara gambar-gambar cupcakes yang tertunda di postkan





Vegetarian Chocolate Cake


Kebanyakan kek lazimnya dibuat menggunakan telur dan susu, membuatkan agak sukar bagi golongan vegetarian dan vegan untuk menikmati kek.

Baru-baru ini kami berjaya mencuba dan membuat Vegetarian/Vegan Chocolate Cake. Resipi ini diilhamkan setelah beberapa orang kenalan saya yang vegetarian.

Resipinya seperti berikut:


VEGETARIAN CHOCOLATE CAKE
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
secubit garam
(semua bahan di atas diayak)

1 cawan myk sayuran
2/3 cawan maple syrup
1/2 cawan gula kastor
2 sudu teh esen vanilla
(kesemua bahan basah digaul sehingga sebati dan gula larut)

1 cawan air

Cara-cara:
  • Bahan yang telah di ayak dibahagikan kepada dua bahagian.
  • Bahan-bahan cecair juga di bahagikan kepada dua bahagian.
  • Masukkan bahan yang diayak, bahan basah dan air berselang-seli, gaul sehingga semuanya sebati. Jangan gaul terlalu lama keranan nanti akan menjadi gluten, dan kek akan menjadi berat.
  • Dulang kek digris dengan minyak masak dan tepung. Masukkan bancuhan kek dan bakar di dalam ketuhar pada 180 darjah celcius pada masa 20-30 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi dikeluarkan bersih, maka kek sudah masak. Boleh dihias dengan coklat cair.

Happy Birthday!


 

How many visitors?